Baca petikan di bawah dengan
teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang keistimewaan bandar Batu Pahat. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
|
|
Bandar
Batu Pahat juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, sempena nama Bukit
Penggaram yang dibuka atas titah perintah Sultan Johor pada
peghujung abad ke-19. Bandar Penggaram merupakan bandar baharu yang mengalami
pertumbuhan pesat. Bandar ini dilengkapi dengan segala prasarana asas.
Kemudahan ini menarik para peniaga dan pedagang ke sini.
Di pinggir Bandar Batu pahat pula terdapat banyak kilang industri kecil dan sederhana. Di antara industri yang tersohor ialah tekstil. Maka tidak hairanlah jika banyak orang datang ke sini, iaitu dari Melaka hingga ke Singapura untuk membeli belah bahan tekstil. Tidak jauh dari pusat bandar pula terdapat sebuah pelabuhan kecil yang terletak di muara Sungai Batu Pahat. Pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan. Kebanyakan barang dagangan diimport dari kepulauan Sumatera yang merangkumi kayu balak, kelapa, dan getah.
Bandar
Batu Pahat mempunyai panorama yang indah. Selain keindahan alam semula
jadi, terhias permai sungai dan lembah di Sungai Batu Pahat
dan dua cabang anak sungai di sebelah hulu yang terletak di kawasan
Simpang Kanan dan Simpang Kiri. Para pengunjung lebih terpesona melihat
Gunung Banang dan Gunung Soga yang menghiasi latar belakang daerah Batu
Pahat.
Peneroka
awal Batu Pahat ialah orang Melayu, Jawa, Banjar dan Bugis. Apabila semakin
banyak penduduk ke sini, maka imigran Cina dan India pula menyusul tiba.
Orang Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang kopi dan getah. Orang Cina
pula berniaga dan berdagang. Selain itu, mereka juga menanam gambir dan lada
serta membuka lombong.
Batu
Pahat banyak menyimpan sejarah suka dan duka. Antara peristiwa yang menggembirakan ialah lahirnya Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada tahun
1945. Di Batu Pahat juga pernah berlaku peristiwa berdarah yang menyayat hati
semasa Perang Dunia Kedua berlaku.
|
|
Berdasarkan petikan, jawab
soalan-soalan berikut menggunakan perkataan anda sendiri.
|
|
i.
|
Apakah maksud rangkai
kata terhias permai?
|
ii.
|
Jelaskan keindahan alam
semula jadi di Batu Pahat. [4 markah]
|
iii.
|
Pada pendapat anda, apakah
yang perlu dilakukan untuk menarik minat pelancong berkunjung ke sesuatu
tempat? [4 markah]
|
Tuesday 27 October 2015
Soalan Ringkasan Petikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Find a bonus at Slots.lv Casino - WoorSinos.info
ReplyDeleteSlots.lv Casino · Slots Casino · Casino Review 토토 프로토 · Casino Bonuses & Promotions · Mobile 라이브스코어 사이트 Casino · Casino Games and Slots 1xbet korea · Live Casino · Slots Live Casino Rating: 9.9/10 크롬 사이트 번역 · Review by 스포츠사이트 Woorasainos